Penjagaan Kulit (dari dalaman)


Kulit - kecantikan dari dalaman ke luaran

Kulit kita adalah organ penyahtoksikan terbesar, dimana toksin dikeluarkan melalui kelenjar peluh. Jadi, apabila penyahtoksikan kulit tidak kompeten dengan sistem badan yang lain, toksin boleh menyebabkan akne dan ruam.

Pendek kata, kulit adalah salah satu penunjuk kesihatan kita. Kedut, kulit kering atau berminyak, akne, dan keradangan adalah tanda- tanda kesihatan usus yang lemah, yang sering disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak mengambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan kulit.

Berikut adalah masalah kesihatan kulit yang umum;

1.   Akne - disebabkan oleh kelenjar minyak terlalu aktif. Minyak berlebihan menyebabkan pori melekit, dan bakteria terperangkap di dalamnya. Faktor lain yang menyumbang kepada akne adalah hormon tidak seimbang, tekanan, kekurangan tidur, diet tidak seimbang dan pengumpulan toksin dalam badan.




2.   Kedut - disebabkan oleh faktor penuaan dan pendedahan kepada pencemaran persekitaran dan sinaran ultraungu.

3.  Bintik hitam / ‘blackhead’ - terjadi apabila minyak bergabung dengan pigmen kulit dan menyumbat pori



Untuk mengatasi masalah kulit, ramai orang menggunakan kosmetik topikal, termasyuk losyen, sabun, skrub, toner dan krim. Akan tetapi, merawat masalah kulit dengan produk kecantikan hanya boleh membantu sedikit dalam menyelesaikan akar masalah: nutrisi yang kurang sihat dan pendedahan kepada toksin dalam produk makanan dan persekitaran.

Adalah sangat penting untuk menyuburkan kulit, menjadikannya sihat dan muda. Berikut adalah cara-cara yang mudah untuk kulit yang sihat dan berseri.
  • Mulakan hari anda dengan Forever Pomesteen Power* (kaya dengan antioksidan, yang boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas akibat pencemaran persekitaran dan toksin dan melambatkan penuaan pra-matang).
  • Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari
  • Makan makanan yang sihat
  • Bersenam
  • Tidur secukupnya
  • Melepaskan tekanan

Produk Forever yang boleh membantu

Forever Arctic-Sea
Kulit yang kering, meradang atau seringkali terjadi bintik hitam atau bintik putih, boleh mendapat manfaat daripada suplemen asid lemak perlu, khasnya Omega-3. Asid lemak perlu boleh membantu dalam penyembuhan kulit, mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Forever Absorbent-C
Vitamin C adalah sejenis vitamin antioksidan yang kuat yang boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas, akibat pendedahan cahaya matahari atau pencemaran. Radikal bebas boleh menyebabkan struktur kologen dan elastin lemah menyebabkan terjadinya kedut dan gejala-gejala penuaan pra-matang. Vitamin C juga boleh membantu dalam menggiatkan penghasilan kologen.

Aloe Vera Gel
Aloe Vera mengandungi saponin, yang boleh membantu membersihkan usus kecil, sementara serabut boleh membantu dalam pergerakan usus besar dan melancarkan pembuangan najis. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.

Forever Royal Jelly
Tekanan dan hormon tidak seimbang boleh menyebabkan akne. Jelly Raja mengandungi fitohormon yang boleh membantu dalam mengawalatur hormon tubuh, dan kulit anda akan menjadi lebih baik.


Forever Active HA*
Apabila usia kita semakin tua, kebolehan kulit untuk menghasilkan asid hialuronik (HA) berkurangan dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih kering, menipis dan kemunculan garis-garis halus dan kedut. Forever Active HA boleh membantu kulit mengekalkan kelembapan dan meningkatkan kelembapan sel kulit, justeru, kulit kelihatan lebih licin dan anjal.

Forever Lite Ultra with Aminotein
Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan dan untuk kulit yang sihat juga. Forever Lite Ultra with Aminotein membekalkan asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membantu dalam pengahasilan kologen.
Dengan tabiat yang mudah dan bantuan produk Forever, kulit yang sihat adalah sesuatu yang kita boleh capai.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment